Monday, August 3, 2009

Sekadar perkongsian

Minggu lepas, kawan seofis tanya "Kenapa kadang kala kita lihat seseorg
insan tu sentiasa dapat kegembiraan spt dapat naik pangkat, murah rezeki dll
sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran? ". So, kiter pun jawablah yang
kdg kala sesuatu anugerah Allah swt kpd Seseorg individu tu bukanlah sebab
Allah sayangkan hambanya itu tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana
keikhlasan orang itu. Allah nak tengok Adakah hambanya itu akan menyedari
bahawa Allah amat bermurah hati dengannya Jadi sepatutnya dia bersyukur dan
berubah menjadi baik. Tapi jika individu Itu masih tidak reti bersyukur maka
sesungguhnya dia telah menimbulkan kemurkaan Ar-Rahman.

Teringat juga pd satu penjelasan ustazah sekolah rendah dulu. Ada member
tanya kenapa kdg2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat Apa yang
diimpikan. Ustazah kata itu tandanya Allah sayang pada kita. Sebabnya Allah
tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kita akan Terus berdoa
dan mengingati Ilahi. Sebenarnya Allah amat rindukan suara hamba-hambaNya
merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terus dapat, kemungkinan besar
lepas tu kita kita taksub dan lupa utk bersyukur pd yg Esa. Tup-tup dpt pula
artikel ni drp seorg rakan. A very relevant and interesting article. Semoga
Allah beratkan timbangan ibadah kita drp timbangan dosa di Pdg Mahsyar
nanti. InsyaAllah..

Apakah dia istidraj itu?
Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian Itu
tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.
Rasullulah s.a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala
memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat
(durhaka),ketahuila h bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru
dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya
adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.
Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di
dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang
teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam,
bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja,
bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa
sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur
hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta
mewah menjalar, duit banyak,dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya,
apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau
masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya
mereka.

Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi
Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka Bumi
tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan
semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya,
mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat
maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang
yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli,
sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat
pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh
kaya macam aku, katanya sombong."

Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan
untuk menghancurkannya. Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila Allah
menghendaki untuk Membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua
sayapnya" (Kitab Nasaibul æIbad)

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau
merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah
berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu.
Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap) , dia akan cuba melawan api. Begitu juga
manusia, bila mendapat nikmat, cuba
hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun
tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu
sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati,namun dia masih belum mati-mati
juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan.

Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.
Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia
begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan
seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya. Tidak ada manusia hari ini
sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya Sahaja kena dibawa oleh 40 ekor
unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat
terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya,jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi
kaya,akhirnya binasa juga.

Jadi,jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala
Keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang
yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh
Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah
Bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?
Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan Kereta
mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj.

Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya Untuk
kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula
kitatidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada
pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.

Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk
menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat
yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia
bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan
sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah.

Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian Yang
diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah,
niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat."

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP